Ramai yang masih tak tahu kenapa perlu mendaftar sebagai OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mereka yang mengalami kecacatan kekal. Tak kurang juga yang telah mendaftar sebagai OKU dan menerima kad OKU tetapi tidak tahu apa faedah yang boleh dinikmati setelah mendaftar diri sebagai OKU. Walaupun kad OKU dikeluarkan oleh JKM namun bukan hanya JKM yang menyediakan perkhidmatan dan bantuan untuk golongan OKU.
 |
contoh kad oku |
Di bawah ini merupakan antara faedah yang boleh dinikmati oleh pemegang kad OKU.
FAEDAH PENDAFTARAN OKU
1. Pengecualian Cukai Jalan.
OKU Fizikal.
Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja
Kementerian Pengangkutan
Jabatan Pengangkutan Jalan
2. Kemudahan pengangkutan awam
3. Program Pendidikan Khas Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas
4. Program Pendidikan Integrasi Kementerian Pelajaran
5. Elaun RM50.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pelajaran
6. Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi
7. Kod amalan akses bagi OKU:-
Bangunan baru wajib ada ram dan railings
Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan
8. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.
Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun
Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
Mulai 2005 pelepasan cukai diri ditambah dari RM 6000 kepada RM 8000 dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.
Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil
9. Kadar sewa rumah yang rendah DBKL
10. Potongan harga 20 % pembelian rumah Syarikat Perumahan Negara
11. Pengecualian bayaran rawatan perubatan :
Bayaran wad kelas 3
Bayaran pakar
Bayaran ubat
Hanya hospital kerajaan
Kementerian Kesihatan
12. Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan
13. Kemudahan peluang pekerjaan
Pekeliling petrkhidmatan Bil. 10/1988
1% peluang pekerjaan sektor awam
Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja
14. Geran galakan perniagaan OKU
15. Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan
16. Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
OKU Fizikal sahaja
Ada lesen memandu yang khas
Kereta nasional sahaja
Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran kem.Kewangan
Sebuah kereta setiap 10 tahun
Kementerian Kewangan
17. Pencen terbitan
18. Waktu berkerja anjal
19. Kemudahan Telekom
Bayaran sewa bulanan dikecualikan
Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj
Panggilan menunggu atau pindahan secara percuma
19 tahun keatas,atas nama sendiri
Bawah 18 tahun atas nama keluarga
Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan
Kem. Tenaga,Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia
20.50% potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
21. Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat
22. Elaun Pekerja Cacat Jabatan Kebajikan Masyarakat
23. Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat
24. Bantuan alat tiruan/sokongan