Assalamualaikum... Hari ni saja nak share dengan kawan² peluang menambah pendapatan dengan klik iklan saja. Jangan takut kerana ini bukan skim cepat kaya atau MLM. Cara klik iklan ini disebut PTC. Caranya kita kena daftar akaun dulu. seelok²nya kita daftar akaun paypal sebab ada antara syarikat PTC ni yang buat bayaran melalui Paypal. boleh terus daftar di http://www.paypal.com/my untuk akaun Paypal.
Antara syarikat PTC adalah seperti Imperial Get Cash. Boleh klik banner
untuk daftar. Syarikat ni macam best gak la sebab selain klik iklan untuk jana pendapatan syarikat ni jugak ada buat game yang bleh jana pendapatan. Saya sendiri baru ja daftar hari ni dan belum arif sangat pasal syarikat ni. Oleh sebab nak daftar akaun Imperial Get Cash ni Free jadi tak salah dan tak rugi pun kita cuba kan...
Selain Imperial Get Cash ni ada lagi satu syarikat dari Malaysia iaitu PayPerClick Malaysia.
Syarikat ni menggunakan mata wang Ringgit Malaysia jadi nampak macam sikit la dia punya nilai nak banding dengan syarikat luar negara yang guna mata wang Dollar. Walau macam mana pun tak rugi dan tak salah jugak kalau nak cuba buat sebab pendaftaran percuma. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila klik PayPerClick Malaysia . Selamat Mencuba..!!!
Ahad, 14 Oktober 2012
Khamis, 11 Oktober 2012
Ada Apa Dengan Oppa Gangnam Style???
Oppa Gangnam Style tiba-tiba sahaja telah menjadi suatu fenomena dalam industri hiburan tanah air. Rata-rata masyarakat dalam segenap lapisan umur mula memuat naik video gangnam style dalam cara tersendiri... Baru-baru ni dalam Anugerah Blockbuster pun ada Blockbuster Style...
Tetiba tadi masa tengah dok geledah Youtube tu saya terjumpa video nih... Siti Nurhaliza Style... hahaha sempoi gak walaupun bukan Siti Nurhaliza betul² buat persembahan Gangnam Style tapi video tu nampak real macam betul² Siti Nurhaliza Menari Gangnam Style...
Teringat masa mula² member kat office tunjuk video Suasana Gangnam Raya... memang Happening la Keluarga Anak cucu Tok Harun. Dari nenek sampai ke cucu menari sakan Gangnam Raya...
Rabu, 3 Oktober 2012
Lagu Dari Soundtrack Filem 29 February
Lagu lagu yang menarik dan sedap didengar dalam filem 29 February terbitan KRU
Isnin, 27 Ogos 2012
Ahad, 26 Ogos 2012
Bagaikan Puteri
Novel ni mengisahkan tentang percintaan antara Saifuddin dan Haryani. Saifuddin ataupun lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan hidup pada kurun ke 15 manakala Haryani hidup pada abad ke 21. Sesuatu yang tidak logik pada akal manusia telah berlaku apabila mereka ditemukan dan ditakdirkan saling mencintai antara satu sama lain. Saifuddin pada asalnya merupakan anak kelahiran Tanah Melayu, menetap di Kampung Punggor. Bapanya merupakan seorang penghulu kampung yang begitu dihormati. Kisah bermula apabila Saifuddin telah difitnah menganggu anak Orang Kaya dan telah dijatuhkan hukuman oleh bapanya sendiri. Saifuddin yang merasa kecewa telah membawa diri ke Melaka namun di pertengahan jalan. dia telah diculik dan dijual sebagai hamba abdi di Melaka. Pertemuan Saifuddin dengan Wali Sufi telah merubah hidup Saifuddin. Saifuddin telah menjadi murid Wali Sufi dan banyak berjasa di Tanah Acheh sehingga digelar Laksamana Sunan. Haryani yang koma akibat kejadian ragut pula telah terperangkap dalam ruang masa dan membawa dirinya ke abad ke 15. Pertemuan dengan Laksamana Sunan telah membenihkan rasa cinta lantaran sifat keperibadian yang ditunjukkan oleh Laksamana Sunan. Pengembaraan Haryani bersama Laksamana Sunan menjadi lebih menarik apabila mereka ditakdirkan bertemu dengan Laksamana Hang Tuah. ..
Cukup lah kot sampai kat situ ... hehehehe nak tau kesudahan cerita ni kena la dapatkan novel ni di pasaran.
Rabu, 15 Ogos 2012
Faedah Pendaftaran OKU
contoh kad oku |
Di bawah ini merupakan antara faedah yang boleh dinikmati oleh pemegang kad OKU.
FAEDAH PENDAFTARAN OKU
1. Pengecualian Cukai Jalan.
- OKU Fizikal.
- Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja
- Kementerian Pengangkutan
- Jabatan Pengangkutan Jalan
2. Kemudahan pengangkutan awam
- Tambang konsesi
- MAS 50% penerbangan domestik
- KTM 50% bagi semua kelas
- LRT, KL Monorail 50%
- Rapid KL – tiada bayaran
- Transnasional 50%
- Kementerian Pengangkutan/ Syarikat Prasarana Negara
3. Program Pendidikan Khas Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas
4. Program Pendidikan Integrasi Kementerian Pelajaran
5. Elaun RM50.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pelajaran
6. Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi
7. Kod amalan akses bagi OKU:-
- Bangunan baru wajib ada ram dan railings
- Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
- Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
- Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan
8. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.
- Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
- Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun
- Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
- Mulai 2005 pelepasan cukai diri ditambah dari RM 6000 kepada RM 8000 dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.
- Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil
9. Kadar sewa rumah yang rendah DBKL
10. Potongan harga 20 % pembelian rumah Syarikat Perumahan Negara
11. Pengecualian bayaran rawatan perubatan :
- Bayaran wad kelas 3
- Bayaran pakar
- Bayaran ubat
- Hanya hospital kerajaan
- Kementerian Kesihatan
12. Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan
- Pasport
- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen
13. Kemudahan peluang pekerjaan
- Pekeliling petrkhidmatan Bil. 10/1988
- 1% peluang pekerjaan sektor awam
- Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
- Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja
14. Geran galakan perniagaan OKU
- Telah berniaga
- Usia 18 tahun keatas
- Individu dan berkelompok
- Geran berbentuk one-off
- Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja
15. Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan
- Kementerian kewangan
16. Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
- OKU Fizikal sahaja
- Ada lesen memandu yang khas
- Kereta nasional sahaja
- Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran kem.Kewangan
- Sebuah kereta setiap 10 tahun
- Kementerian Kewangan
17. Pencen terbitan
- Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
- JPA – Bahagian Pencen
18. Waktu berkerja anjal
- Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
- Jabatan Perkhidmatan Awam
19. Kemudahan Telekom
- Bayaran sewa bulanan dikecualikan
- Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj
- Panggilan menunggu atau pindahan secara percuma
- 19 tahun keatas,atas nama sendiri
- Bawah 18 tahun atas nama keluarga
- Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan
- Kem. Tenaga,Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia
- 20.50% potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
21. Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat
22. Elaun Pekerja Cacat Jabatan Kebajikan Masyarakat
23. Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat
24. Bantuan alat tiruan/sokongan
Khamis, 2 Ogos 2012
ustaz don - pewarna rambut dan mandi wajib
ustaz don - pewarna rambut dan mandi wajib
Tidak sah mandi wajib apabila seseorang itu memakai pewarna rambut selain inai kerana pewarna rambut tidak boleh menyampaikan air seperti inai.
AdaMu - Najwa Latif
Single terbaru Najwa Latif sempena Ramadhan ini. Lagu ini lebih kepada memuji kekuasaan dan keagungan tuhan. Tahniah Najwa Latif!
Langgan:
Catatan (Atom)