iklan nufnang

Ahad, 26 Ogos 2012

Bagaikan Puteri


Hari ni dok usyar2 video di youtube tetiba terjumpa video Fantasi Cinta Laksamana Sunan. Teringat novel Bagaikan Puteri yang memang best giler aa...

Novel ni mengisahkan tentang percintaan antara Saifuddin dan Haryani. Saifuddin ataupun lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan hidup pada kurun ke 15 manakala Haryani hidup pada abad ke 21. Sesuatu yang tidak logik pada akal manusia telah berlaku apabila mereka ditemukan dan ditakdirkan saling mencintai antara satu sama lain. Saifuddin pada asalnya merupakan anak kelahiran Tanah Melayu, menetap di Kampung Punggor. Bapanya merupakan seorang penghulu kampung yang begitu dihormati. Kisah bermula apabila Saifuddin telah difitnah menganggu anak Orang Kaya dan telah dijatuhkan hukuman oleh bapanya sendiri. Saifuddin yang merasa kecewa telah membawa diri ke Melaka namun di pertengahan jalan. dia telah diculik dan dijual sebagai hamba abdi di Melaka. Pertemuan Saifuddin dengan Wali Sufi telah merubah hidup Saifuddin. Saifuddin telah menjadi murid Wali Sufi dan banyak berjasa di Tanah Acheh sehingga digelar Laksamana Sunan. Haryani yang koma akibat kejadian ragut pula telah terperangkap dalam ruang masa dan membawa dirinya ke abad ke 15. Pertemuan dengan Laksamana Sunan telah membenihkan rasa cinta lantaran sifat keperibadian yang ditunjukkan oleh Laksamana Sunan. Pengembaraan Haryani bersama Laksamana Sunan menjadi lebih menarik apabila mereka ditakdirkan bertemu dengan Laksamana Hang Tuah. ..

Cukup lah kot sampai kat situ ... hehehehe nak tau kesudahan cerita ni kena la dapatkan novel ni di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan