iklan nufnang

Cerita Tauladan

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.


_____________________________________________________________________________________________

KISAH CIKGU MURNI, PENGETUA DAN PELAJAR CERDIK.


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah 
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya  kepada murid tersebut : 

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?" 
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak 
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya 
berada di tempat yang sama juga!". 

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. 
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan 
tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian 
kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 
dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu 
Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan 
diberikan. 


Pengetua:  Apa 3 x 3? 
Abu:  9 
Pengetua:  Apa 6 x 6? 
Abu:  36 

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 
UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.
 
Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,
 
"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", 

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, 
boleh tak saya ajukan pada Abu?".
 

Pengetua dan Abu bersetuju. 

Cikgu Murni:  Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? 

Abu:  (berfikir) Kaki 

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar 
saya?  
 

Abu:  Saku 

Cikgu Murni:  Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya 
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
 

Abu:  Kelapa 

Cikgu Murni:  Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar 
lembik dan melekit?
 

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus 
menjawab.
 

Abu:  Gula-gula getah (Bubblegum) 

Cikgu Murni:  Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita 
secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
 

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat 
hendak menahan si Abu terus menjawab.
 

Abu:  Bersalaman 

Cikgu Murni:  Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah 
saya, okay?  
 

Abu:  Baik Cikgu 

Cikgu Murni:  Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk 
saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
 

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. 

Abu:   Khemah 
Cikgu Murni:  Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak 
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
 

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas 
Nescafe 3in1.
 

Abu:  Cincin perkahwinan 

Cikgu Murni:  Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan 
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
 
hembuskan saya, akan berasa lega.
 

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh 
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
 

Abu:  Hidung 

Cikgu Murni:  Saya batang yang keras. Hujungnyatajam. Saya akan datang 
dan masuk dengan lajunya.  
 

Abu:  Anak panah 

Cikgu Murni:  Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?   

Abu:  Okay 

Cikgu Murni:  What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of 
heat and excitement?  
   
Abu:  Firetruck 

Cikgu Murni:  What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont 
get it you have to use your hand.  
 

Abu:  Fork 

Cikgu Murni:  What is it that all men have one of. It's longer on some 
men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his
 
wife after they are married?  
 

Abu:  Surname 

Cikgu Murni:  What part of the man has no bones but has muscles, lots of 
veins and loves pumping?  
 

Abu:  Heart 

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang 
diberikan oleh si Abu, lantas berkata
 
"Baik hantar murid ini ke Universiti ; jawapan yang saya fikirkan 
semuanya salah".
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan