iklan nufnang

Rabu, 15 Ogos 2012

Faedah Pendaftaran OKU




Ramai yang masih tak tahu kenapa perlu mendaftar sebagai OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mereka yang mengalami kecacatan kekal. Tak kurang juga yang telah mendaftar sebagai OKU dan menerima kad OKU tetapi tidak tahu apa faedah yang boleh dinikmati setelah mendaftar diri sebagai OKU. Walaupun kad OKU dikeluarkan oleh JKM namun bukan hanya JKM yang menyediakan perkhidmatan dan   bantuan untuk golongan OKU. 



contoh kad oku

Di bawah ini merupakan antara faedah yang boleh dinikmati oleh pemegang kad OKU. 




FAEDAH PENDAFTARAN OKU





1.  Pengecualian Cukai Jalan.
  • OKU Fizikal.
  • Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja
  • Kementerian Pengangkutan
  • Jabatan Pengangkutan Jalan


2.  Kemudahan pengangkutan awam
  • Tambang konsesi
  • MAS 50% penerbangan domestik
  • KTM 50% bagi semua kelas
  • LRT, KL Monorail 50%
  • Rapid KL – tiada bayaran
  • Transnasional 50%
  • Kementerian Pengangkutan/ Syarikat Prasarana Negara


3.  Program Pendidikan Khas Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas


4.  Program Pendidikan Integrasi Kementerian Pelajaran


5. Elaun RM50.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pelajaran


6.  Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi


7.  Kod amalan akses bagi OKU:-
  • Bangunan baru wajib ada ram dan railings
  • Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
  • Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
  • Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan


8.  Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.
  • Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
  • Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun
  • Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
  • Mulai 2005 pelepasan cukai diri ditambah dari RM 6000 kepada RM 8000 dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.
  • Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil


9.  Kadar sewa rumah yang rendah DBKL


10.  Potongan harga 20 % pembelian rumah Syarikat Perumahan Negara


11.  Pengecualian bayaran rawatan perubatan :
  • Bayaran wad kelas 3
  • Bayaran pakar
  • Bayaran ubat
  • Hanya hospital kerajaan
  • Kementerian Kesihatan


12.  Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan
  • Pasport
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen


13.  Kemudahan peluang pekerjaan
  • Pekeliling petrkhidmatan Bil. 10/1988
  • 1% peluang pekerjaan sektor awam
  • Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
  • Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja


14.  Geran galakan perniagaan OKU
  • Telah berniaga
  • Usia 18 tahun keatas
  • Individu dan berkelompok
  • Geran berbentuk one-off
  • Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja


15.  Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan
  • Kementerian kewangan


16.  Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
  • OKU Fizikal sahaja
  • Ada lesen memandu yang khas
  • Kereta nasional sahaja
  • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran kem.Kewangan
  • Sebuah kereta setiap 10 tahun
  • Kementerian Kewangan


17.  Pencen terbitan
  • Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
  • JPA – Bahagian Pencen


18.  Waktu berkerja anjal
  • Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
  • Jabatan Perkhidmatan Awam


19.  Kemudahan Telekom
  • Bayaran sewa bulanan dikecualikan
  • Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj
  • Panggilan menunggu atau pindahan secara percuma
  • 19 tahun keatas,atas nama sendiri
  • Bawah 18 tahun atas nama keluarga
  • Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan
  • Kem. Tenaga,Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia
  •  20.50% potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM)


21.  Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat


22.  Elaun Pekerja Cacat Jabatan Kebajikan Masyarakat


23.  Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat


24.  Bantuan alat tiruan/sokongan

5 ulasan:

  1. SALAM

    SAYA TELAH MEMOHON HILANG UPAYA KEKAL OLEH PERKESO PJ. SAYA TELAH DISAHKAN MENGALAMI/KEHILANGAN UPAYA KEKAL OLEH JEMAAH DOKTOR PADA MINGGU LEPAS.

    BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA MEMOHON KAD OKU FIZIKAL, DARI JKM?

    (SAYA ADALAH MANGSA KEMALANGAN)
    MOHD TAUFIQ MOHAMED
    +60126391558
    Petaling Jaya, Selangor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum..tak tahu jika saya dapat membantu...saudara dinasihatkan utk bertemu dgn doktor yg merawat saudara dan minta untuk permohonan mengisi borang utk kad oku...mestilah disahkan oleh doktor yang berkenaan...bawak borang ke JKM dan tunggu respons sehingga kad siap...mudah sahaja prosesnye...insha allah...

      Padam
    2. Assalamualaikum..tak tahu jika saya dapat membantu...saudara dinasihatkan utk bertemu dgn doktor yg merawat saudara dan minta untuk permohonan mengisi borang utk kad oku...mestilah disahkan oleh doktor yang berkenaan...bawak borang ke JKM dan tunggu respons sehingga kad siap...mudah sahaja prosesnye...insha allah...

      Padam
  2. Sy seorg OKU yg kehilangan pendengaran dan mempunyai kad OKU yg di keluarkan oleh jbt kebajikan masyrakat kota kinabalu sabah. Soalan sy: bolehkah sy memohon utk mendapatkan potongan cukai jalan? Trmksih

    BalasPadam
  3. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mandiri Travel Deals
    Located on the first teegling and winning the 서귀포 출장마사지 award for a Harrah's Cherokee 포항 출장마사지 Casino Resort tee shirt, 제주도 출장안마 you'll 안성 출장안마 find 청주 출장샵 the resort's full-service spa, a seasonal Olympic

    BalasPadam